Fahimi Rahmat Curi Tumpuan dengan Teaser Lagu Terbaharu “Aku Jatuh”!
- Ain Najihah
- 2 days ago
- 1 min read

Penyanyi dan pencipta lagu tempatan, Fahimi Rahmat sekali lagi mencuri tumpuan di media sosial menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan teaser untuk lagu terbaharunya yang bertajuk “Aku Jatuh” yang bakal dilancarkan pada 18 Julai ini!
Walaupun hanya berdurasi pendek, teaser tersebut berjaya menyentuh hati ramai pendengar, terutamanya mereka yang pernah menyimpan perasaan terhadap seseorang secara diam-diam.
Menariknya, lagu ini mengetengahkan rentak yang rancak dan moden, namun disulam dengan lirik penuh emosi.
Rata-rata peminat dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan kata-kata sokongan dan tidak sabar menantikan pelancaran rasmi karya terbaharu ini.
Ada yang mengakui bait lagu tersebut seakan menggambarkan kisah cinta yang terpendam dalam diri mereka sendiri.
Fahimi Rahmat sekali lagi membuktikan bahawa seni muzik bukan sekadar hiburan, malah mampu menjadi medium ekspresi perasaan yang jujur dan dekat di hati.
Comments