top of page

EXO Rai 14 Tahun, Konsert Seoul Jadi Reunion Penuh Nostalgia

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 5 hours ago
  • 2 min read

Siapa sangka, EXO 14 tahun dalam industri K-pop tapi aura mereka masih kuat macam hari pertama debut. Genap 8 April, kumpulan bawah SM Entertainment ini meraikan perjalanan lebih sedekad yang mereka sendiri pun rasa “tak percaya”.


Kalau korang membesar dengan lagu macam Growl, Overdose dan Love Me Right, memang susah nak nafikan impak EXO dalam dunia K-pop. Lagi padu, lapan album mereka pernah tembus jualan lebih sejuta unit. Bukan calang-calang.


Sepanjang 14 tahun ni, setiap ahli ada momen yang melekat di hati. Chanyeol masih ingat detik mereka perform lagu debut “History” buat kali pertama. Suho pula kata pengalaman rakam MV pertama tu buat dia rasa “ini lah impian jadi kenyataan”.


Dan bagi Kai, bukan satu momen spesifik yang paling bermakna tapi cara peminat itu sendiri, EXO-L, pandang mereka setiap kali atas pentas. “Itu yang buat saya jadi diri saya hari ini,” katanya.


Awal tahun ni, EXO sempat kembali dengan album penuh kelapan mereka, Reverxe bukti mereka masih relevan walaupun industri dah berubah banyak.


Yang paling ditunggu? Konsert terbaru mereka di Seoul bertajuk “EXO Planet #6 EXhOrizon”. Ini konsert pertama dalam lebih 6 tahun, jadi memang special. Bukan sekadar perform lagu baru, tapi lagu-lagu lama akan diberi nafas baru dengan penuh elemen nostalgia.


Menurut Suho, vibe konsert ni memang tentang kenangan. D.O. pula describe sebagai persembahan yang sarat emosi, manakala Kai anggap ia sebagai “reunion” antara EXO dan peminat selepas sekian lama.


Apa yang lagi sweet, ahli-ahli EXO tak lupa ucap terima kasih pada EXO-L yang setia dari dulu sampai sekarang.


“Saya takkan pernah terbiasa dengan kasih sayang ni,” kata Suho.

Ayat simple, tapi kena tepat di hati peminat.

Akhir kata, 14 tahun bukan angka kecil. Tapi untuk EXO, ini macam baru permulaan. Dan untuk peminat di Malaysia, kita tunggu je lah… mana tahu lepas Seoul, turn Asia Tenggara pula

Comments


bottom of page