top of page

EXO Kembali Ke Malaysia Jun 2026 Selepas 7 Tahun

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 14 hours ago
  • 2 min read

Akhirnya… penantian EXO-L Malaysia berbaloi juga. EXO kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun, dan kali ini memang rasa lain macam. Bukan sekadar konsert biasa, tapi macam satu reunion yang ramai dah tunggu sejak lama.


Kalau korang masih ingat, kali terakhir EXO perform dekat Malaysia adalah pada tahun 2019. Waktu tu, tiket sold out laju gila dan ramai yang kecewa sebab tak sempat dapat tempat. Lepas tu, senyap seketika… dan sekarang, tahun 2026, diorang announce comeback yang terus buat fans ‘hilang nafas’ sekejap.


Konsert EXO PLANET #6 “EXhOrizon” akan berlangsung pada 20 Jun 2026, jam 8 malam di National Hockey Stadium, Bukit Jalil. Venue besar, crowd pun confirm besar, memang bersedia untuk malam yang penuh emosi.


Tour kali ini bawa konsep “EXhOrizon”, yang menggambarkan titik pertemuan antara pengakhiran dan permulaan baru. Bunyi macam deep, tapi kalau ikut perjalanan EXO, memang kena dengan vibe diorang sekarang. Lebih menarik, tour ini juga berkait rapat dengan album penuh ke-8 mereka, REVERXE. Jadi besar kemungkinan, fans akan dapat rasa sendiri era baru EXO secara live, bukan sekadar dengar dekat Spotify je.


Dalam masa yang sama, lagu-lagu lama pun confirm tak ditinggalkan. Bayangkan satu stadium nyanyi sama-sama lagu macam Growl, Monster, Ko Ko Bop dan Love Shot, memang meremang. Itu belum kira moment lightstick serentak, memang classic EXO-L experience.


Kalau nak cakap jujur, kemunculan semula EXO di Malaysia kali ini bukan sekadar event hiburan. Untuk ramai peminat, ini adalah moment yang penuh nostalgia. Tujuh tahun bukan masa yang singkat. Ada yang dulu pergi konsert masa sekolah, sekarang mungkin dah kerja, dan ada juga yang akhirnya dapat peluang pertama kali tengok EXO depan mata.


7 tahun tunggu dan kali ini EXO kembali bukan sekadar konsert, tapi reunion untuk EXO-L Malaysia.

Apa pun, kalau korang membesar dengan lagu EXO, ini antara pengalaman yang susah nak repeat. Jadi sekarang persoalan sebenar bukan lagi nak pergi atau tak… tapi sempat ke tak secure tiket nanti 😏

Comments


bottom of page