Erysha Emyra mahu ibunya, Noniswara bahagia semula
- Nurul Safiah
- May 15
- 1 min read

Anak mana yang sanggup tengok ibu terus hidup dalam kesedihan, apatah lagi selepas kehilangan suami tersayang.
Itulah luahan jujur pelakon dan penyanyi, Erysha Emyra, yang terbuka dan merestui jika ibunya, Datin Seri Noniswara, memilih untuk kembali mendirikan rumah tangga setelah lebih setahun bergelar balu.
“Sebagai anak, saya restu jika sampai seru untuk ibu kembali berkahwin. Tapi saya tahu ibu masih bersedih sejak arwah bapa tiri meninggal dunia,” katanya.
Erysha, atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria, turut mendedahkan yang ibunya pernah meluahkan rasa sunyi selepas pemergian arwah.

Ditanya sama ada dia meletakkan kriteria untuk mana-mana lelaki yang bakal mendekati ibunya, Erysha hanya mengharapkan ianya insan yang ikhlas dan bertanggungjawab.
"Tak adalah hendak kata kena ada ciri-ciri tertentu. Harapan saya kalau ibu bertemu jodoh biarlah lelaki itu ikhlas hendak menjaganya. Saling menjaga antara satu sama lain sampai tua.
"Mungkin kena tengok juga siapa calonnya. Kasihan ibu kalau asyik lalui perkara sama.
"Kadang-kadang timbul juga rasa bersalah sebab bila ibu hubungi saya untuk luahkan perasaan, tapi tak dapat nak layan sebab sibuk di lokasi penggambaran," katanya.

Comentarios