Ernie Zakri Takluk Spotify, Aura Cipta Sejarah!
- Ain Najihah
- Jul 21
- 1 min read

Ernie Zakri kini mengukir nama dalam sejarah muzik tanah air apabila albumnya, Aura, telah menjadi album Malaysia pertama yang berjaya meraih 200 juta strim di Spotify.
Pengumuman ini dibuat melalui akaun rasmi X Carta Pop Malaysia. Ernie bukan sahaja hanya mencipta rekod tetapi beliau juga membuka jalan baharu buat artis tempatan dalam era penstriman digital yang semakin kompetitif.
Aura bukan sekadar album tetapi ia adalah simbol evolusi muzik Malaysia yang kini mendapat tempat di hati jutaan para pendengar seluruh dunia.
Ernie Zakri membuktikan bahawa keaslian dan kerja keras masih relevan dalam membina sebuah legasi. Dalam industri yang sentiasa bergerak laju, Aura menjadi saksi bahawa muzik yang tulus akan sentiasa mendapat tempat di hati para pendengar.
Kommentarer