top of page

Ernie Zakri, Syamel Bawa Suasana Raya ke Hong Kong

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 5 days ago
  • 2 min read

Kalau sebut lagu raya baharu tahun ini, memang susah nak tak pandang pada Suasana Raya nyanyian Ernie Zakri dan Syamel. Single raya ini bukan saja sedap didengar, tapi datang dengan visual yang lain daripada biasa, berlatarbelakangkan kota moden, Hong Kong.

Ya, lagu raya… tapi shooting di Hong Kong. Menarik, kan?


“Suasana Raya” menggabungkan melodi klasik Aidilfitri dengan sentuhan moden. Liriknya pula cukup dekat dengan jiwa, tentang pagi Syawal, rasa syukur dan momen kebersamaan keluarga. Kalau pasang waktu kemas rumah atau tengah susun kuih atas meja pun memang kena dengan mood.


Apa yang buat kolaborasi ini lagi unik adalah kerjasama bersama Hong Kong Tourism Board yang membawa elemen travel dan gaya hidup Muslim-friendly ke dalam muzik video.


Menurut Ernie, Hong Kong rupanya lebih mesra Muslim daripada yang ramai sangka. Mudah cari makanan halal, ada kemudahan tempat ibadah, dan banyak tarikan sesuai untuk keluarga. Jadi, konsep lagu raya yang penuh nilai kekeluargaan itu memang ‘masuk’ dengan vibe bandar yang vibrant dan moden. Syamel pula akui kekuatan lagu ini terletak pada melodinya yang catchy. Jenis lagu yang sekali dengar dah boleh ikut humming.


Baru-baru ini, hampir 100 peminat bertuah berpeluang menonton tayangan awal muzik video tersebut di Aurum Theatre, Kuala Lumpur. Bukan setakat tengok MV lebih awal, siap belajar koreografi sekali dengan Ernie dan Syamel. Memang pengalaman eksklusif betul.


Bagi pasangan ini, rakaman MV tersebut terasa seperti mini percutian keluarga. Syamel sendiri berkongsi mereka membawa anak tersayang ke lokasi penggambaran. Jadi, suasana dalam video itu bukan sekadar lakonan tapi memang ada memori sebenar yang dirakam.

“Suasana Raya” berjaya seimbangkan elemen nostalgia dan moden tanpa rasa janggal. Ada sentuhan tradisional, tapi visual dan vibe tetap kontemporari.


Highlight yang boleh kita ambil?

“Kami harap Suasana Raya boleh jadi lagu yang beri kenangan manis dan good vibe untuk semua yang dengar.”

Akhirnya, dalam lambakan lagu raya saban tahun, yang kita cari sebenarnya satu saja, lagu yang buat kita rasa nak balik kampung, peluk mak ayah, dan hargai momen kecil bersama keluarga.


Mungkin “Suasana Raya” boleh jadi salah satu daripadanya tahun ini.

Comments


bottom of page