Elizabeth Tan Gegarkan Kembali Dunia Muzik Dengan Single Terbaru, “Rezeki”
- Nurul Safiah
- Apr 18
- 1 min read

Penyanyi dan pelakon versatil tanah air, Elizabeth Tan atau lebih dikenali sebagai Lizzy, kembali menghangatkan industri muzik dengan pelancaran single terbarunya berjudul “Rezeki”!
Mengangkat tema kekuatan, keberanian dan penghargaan terhadap perjalanan hidup, “Rezeki” bukan sekadar lagu biasa, malah menjadi simbol kebangkitan semula Lizzy dalam dunia muzik selepas memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya sejak 2019. Lagu ini membawa nafas baharu dalam kariernya, menampilkan sisi Lizzy yang lebih matang dan berani.

Muzik video “Rezeki”dirakam di sebuah gudang usang, video arahan Aaron dengan bantuan Park, diterbitkan oleh Peanut dan diketuai secara kreatif oleh Coffee, memberikan elemen sinematik yang menonjol, termasuk tarian dan adegan pertarungan yang dramatik.
“Saya rasa lagu ini sangat peribadi bagi saya, ia mencerminkan segala liku yang telah saya lalui dalam hidup dan kerjaya saya, dan bagaimana saya belajar untuk tetap bersyukur atas semua rezeki yang datang.” kata Lizzy.

Pelancaran “Rezeki” juga disambut bersama dengan ulang tahun ke-10 Lizzy dalam industri hiburan tanah air.
Selain “Rezeki”, Lizzy turut merancang pelancaran dua lagi single kolaborasi yang dijangka mencetuskan fenomena, termasuk lagu Boyfriend bersama Talitha Tan dan Claudia Tan, serta satu lagi duet bersama pelakon popular Hun Haqeem.
Jangan lupa saksikan video muzik rasmi “Rezeki” sudah dimuatnaik di platform Youtube XENO Entertainment!
Comments