top of page

Ejen Ali The Movie 2 Raih RM34.2 Juta Dalam 11 Hari, Atasi Filem Pertama & Curi Hati Penonton Sekeluarga

  • kaypohmedia
  • 3 days ago
  • 1 min read

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) mencipta fenomena luar biasa apabila mencatat kutipan RM34.2 juta dalam hanya 11 hari tayangan, sekaligus memecah rekod kutipan filem animasi tempatan dan mengatasi kejayaan filem pertamanya.


Ejen Ali The Movie 2 Raih RM34.2 Juta Dalam 11 Hari, Atasi Filem Pertama & Curi Hati Penonton Sekeluarga

Dengan lebih 2 juta penonton membanjiri pawagam sejak tayangan bermula, EATM2 menjadi pilihan utama keluarga sepanjang musim cuti sekolah yang bermula pada 29 Mei 2025. Malah, ramai penonton mengakui menonton filem ini lebih daripada sekali kerana terhibur dan tersentuh dengan jalan ceritanya.


Ejen Ali The Movie 2 Raih RM34.2 Juta Dalam 11 Hari, Atasi Filem Pertama & Curi Hati Penonton Sekeluarga

Lebih membanggakan, kejayaan EATM2 bukan sahaja dalam kalangan penonton tempatan. Filem ini turut mengatasi kutipan filem antarabangsa seperti Thunderbolts, Mission: Impossible dan Lilo & Stitch, membuktikan kemampuan animasi Malaysia bersaing di pentas global.

“Kami hasilkan sekuel ini dengan sepenuh hati demi memenuhi jangkaan peminat,” ujar pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin, yang turut menghargai sokongan luar biasa penonton.

Puan Nini Yusof, Pegawai Eksekutif Media Prima & Primeworks Studios pula menyifatkan kutipan ini sebagai tanda keyakinan rakyat terhadap kualiti produksi tempatan, yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat.


Dato’ Sri Siti Nurhaliza membawa anak-anak beliau menonton Ejen Ali The Movie 2 di pawagam.

Kehadiran luar biasa penonton membuktikan bahawa EATM2 berjaya menjadi filem animasi keluarga pilihan utama musim cuti sekolah. Antara yang turut berkongsi pengalaman menonton ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang membawa anak-anak beliau menonton di pawagam.



“Bagi saya, movie Ejen Ali banyak mesej positif… mengajar anak kita tentang disiplin, keberanian dan keyakinan diri,” kongsinya di TikTok.

Kejayaan EATM2 mengangkat martabat animasi tempatan ke tahap baharu. Dengan gabungan jalan cerita yang kuat, mesej positif dan nilai kekeluargaan, filem ini tidak sekadar hiburan semata-mata tetapi satu pencapaian industri.

Dengan sambutan hangat yang berterusan, Ejen Ali The Movie 2 dijangka terus mencipta sejarah sebagai animasi tempatan paling berjaya di Malaysia.

Comments


bottom of page