top of page

Ejen Ali Gegar Osaka, Wakil Malaysia di World Expo 2025

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 4 days ago
  • 1 min read
ree

Watak animasi kebanggaan negara, Ejen Ali, terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila tampil mewakili negara di World Expo 2025 yang kini berlangsung di Osaka, Jepun.

 

Kehadiran Ejen Ali dan Ejen Alicia di Pavilion Malaysia menjadi tumpuan pengunjung antarabangsa yang sanggup beratur panjang demi peluang bertemu dan bergambar dengan dua ikon animasi tempatan ini.

 

Meskipun ramai pengunjung Jepun pertama kali berkenalan dengan watak ini, visual dinamik dan naratif bersemangat yang dipamerkan berjaya mencetuskan minat serta-merta.

 

Malah, ada yang terus mencari maklumat lanjut mengenai siri animasi itu secara dalam talian. Salah satu detik paling mengharukan ialah apabila seorang kanak-kanak Jepun, selepas menonton treler, berkata penuh semangat: “I want to be like him!”

 

ree

Pengarah Ejen Ali The Movie 2, Encik Usamah Zaid Yasin, yang juga Ketua Pegawai Kandungan WAU Animation, turut hadir ke Pavilion Malaysia pada 21 dan 22 Julai lalu.

 

Beliau berkongsi proses kreatif di sebalik pembangunan francais Ejen Ali serta visi WAU Animation untuk membangunkan kandungan animasi bertaraf dunia.

 

Sesi tersebut mendapat sambutan hangat termasuk daripada penggiat industri kreatif Jepun, sekali gus membuka ruang kerjasama antarabangsa pada masa hadapan.

 

ree

Penyertaan Ejen Ali ke World Expo 2025 mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam bidang kandungan kreatif dan pendidikan digital, selain memperkasakan diplomasi budaya.

 

Expo yang berlangsung dari 13 April hingga 13 Oktober 2025 ini dijangka menarik lebih 28 juta pengunjung dari seluruh dunia.

 

Selepas mencipta impak di Indonesia dan kini mencuri perhatian di Jepun, ke manakah misi Ejen Ali akan diteruskan selepas ini?


ree

Comments


bottom of page