top of page

Dukes Meledak Dengan ‘Bila Kau Datang Menangis’: Glass Cube Jadi Medan Emosi, Letupan Cat Pun Jadi!

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • Sep 30
  • 2 min read
ree

Kalau korang fikir MV biasa-biasa dah cukup, nope! DUKES baru saja keluarkan muzik video Bila Kau Datang Menangis dengan visual yang gempak. Dengan simbolik berat, vibe eksperimental, dan pengakhiran yang penuh letupan warna. MV ini memang buat penonton rasa terperangkap sekali dalam dunia mereka sebelum akhirnya bebas gila-gila.


Konsepnya simple tapi mendalam: DUKES membuat persembahan dalam sebuah glass cube; metafora rasa terasing, seperti terkurung dengan emosi sendiri. Dari luar, orang boleh lihat tapi tidak boleh faham situasi. Kemudian boom! Pengakhiran dia terus bertukar menjadi pentas kebebasan dengan cat berwarna bertebangan, slow shutter light trails, fisheye distort vibes, dan energy live concert yang buat korang rasa nak jerit sekali.


Pengarangnya? Bukan calang-calang. Shiha Zikir bersama Arul dari SHIHA ZIKIR EMPIRE PRODUCTION. Awalnya, idea MV ini nak main dengan elemen air, tapi bila DUKES sendiri push idea yang lebih wild, terus upgrade ke cat explosive vibes. That’s just a glow-up move!


Moment paling gila semestinya babak letupan cat. Bayangkan cube yang mula-mula sejuk, monokrom, terus bertukar menjadi karnival warna. Ziyyad (vokalis DUKES) sendiri cakap kiub kaca itu bukan sekadar set.


“Bagi kami, kiub kaca itu bukan sekadar set tapi ia melambangkan apa dirasai ramai orang yang terperangkap dengan emosi sendiri. Saat letupan warna berlaku, ia benar-benar terasa seperti pelepasan. Sama seperti muzik kami, MV ini adalah ruang untuk menjerit, meluahkan dan akhirnya bebas.”

Highlight MV ini:

  • Glass cube: lambang keterasingan emosi.

  • Teknik slow shutter & fisheye: kasi rasa raw + halusinasi.

  • Letupan cat warna: transformasi emosi.

  • Sinematografi main cahaya, bayangan & pantulan.

  • Ending monokrom ke warna: melambangkan kebebasan di pengakhiran.


Kesimpulannya, Bila Kau Datang Menangis bukan sekadar MV, dia seperti pengalaman terapi visual, siap dengan adrenaline dan catharsis. Korang wajib check di YouTube sekarang jika hendak rasa diri sendiri macam mana perasaan terkurung boleh bertukar kepada kebebasan.


Tonton penuh MV: Dukes - Bila Kau Datang Menangis (Official Music Video) di YouTube.


Comments


bottom of page