top of page

Dukes Lancar “Lagu Tiga”, Nada Indie Rock Sarat Makna

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 4 days ago
  • 1 min read

Kumpulan muzik Indie Rock tempatan, Dukes, kembali mencuri perhatian peminat dengan pelancaran single terbaharu mereka berjudul Lagu Tiga!

 

Sebuah karya yang menyentuh emosi dan membicarakan tentang harapan serta kebangkitan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

 

Lagu Tiga merupakan single pertama daripada album terbaru mereka yang dijangka dilancarkan tahun ini, sekali gus memberi gambaran awal terhadap konsep dan warna muzik album tersebut.

 

Menurut Dukes, idea untuk mencipta Lagu Tiga hadir secara spontan dalam sesi jamming santai.


“Idea untuk lagu ini hadir secara spontan ketika sesi jamming santai, tanpa sebarang tekanan atau perancangan. Segalanya datang dengan begitu semula jadi daripada melodi, vibe, hinggalah emosi yang terbit pada waktu itu.
“Ia lahir daripada momen yang sangat jujur dan tulen antara kami dan mungkin itulah yang menjadikan Lagu Tiga begitu istimewa serta dekat di hati kami,” ulasnya.

 

Lirik lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Ziyyad Imran dan Hazim Osman, Lagu Tiga ini membawa mesej yang memberi inspirasi kepada mereka yang sedang melalui saat kejatuhan.

 

“Kami berharap lagu ini menjadi sumber kekuatan kepada mereka yang pernah hilang arah. Kejatuhan itu lumrah, namun yang penting adalah keberanian untuk bangkit semula,” tambah mereka.

 

Dengan pelancaran single ini, Dukes bukan sahaja memperkukuh kedudukan mereka dalam industri muzik tempatan, tetapi juga menunjukkan kematangan dalam menghasilkan karya yang mencerminkan perjalanan emosi dan kehidupan sebenar.

 

Lagu Tiga kini boleh didengarkan di Spotify atau di akaun rasmi YouTube Dukes.



Comments


bottom of page