DUKES Gegarkan Pentas Muzik dengan Bila Kau Datang Menangis
- Ain Najihah
- 5 hours ago
- 1 min read
Band indie yang semakin mencuri perhatian, DUKES, kembali dengan single terbaharu yang berjudul “Bila Kau Datang Menangis” sebuah karya yang penuh misteri, emosi dan tenaga alternatif segar yang pasti memikat pendengar dari pelbagai genre.
Bila Kau Datang Menangis merupakan single kedua dari album mereka dan telah dilancarkan secara rasmi dan kini boleh distrim di semua platform digital.
Lagu ini membawa nuansa bunyi pop rock dan indie yang moden, disertai dengan lirik yang mendalam dan visual yang memukau.
“Bila Kau Datang Menangis” bukan sekadar lagu biasa tetapi ia adalah luahan rasa yang merobek ruang jiwa, sesuai buat mereka yang sedang bertarung dengan kenangan silam atau sekadar mahu melepaskan apa yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Jangan lupa untuk dengarkan Bila Kau Datang Menangis di semua platform digital!
Comments