DUKES Bakal Cipta Fenomena Baru dengan 'Bila Kau Datang Menangis'
- Ain Najihah
- 22 hours ago
- 1 min read

Kumpulan muzik indie yang semakin mendapat tempat di hati peminat, DUKES, mengumumkan pelancaran single terbaharu mereka berjudul ‘Bila Kau Datang Menangis’ yang bakal menemui peminat pada 20 Jun 2025.
Pengumuman ini dibuat menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik ke media sosial rasmi mereka, memaparkan salah seorang ahli DUKES sedang merakam vokal dalam studio, mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengikut setia mereka.
Pengumuman ini dibuat menerusi TikTok dan Instagram mereka yang mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengikut setia mereka.
Single ini yang turut dikenali dengan singkatan BKDM, merupakan lagu kedua yang dilancarkan daripada album terbaru mereka yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.
Gaya persembahan yang tulus dan penuh emosi dalam klip video ini menjanjikan karya yang menyentuh jiwa, selari dengan identiti DUKES yang dikenali dengan lirik mendalam dan susunan muzik yang unik.
Bagi peminat muzik indie rock dan pencinta karya tempatan yang autentik, ‘Bila Kau Datang Menangis’ pastinya sesuatu yang tidak boleh dilepaskan dan bersedialah untuk merasai getaran emosi dari DUKES.
תגובות