Diskaun Istimewa Astro untuk Penjawat Awam: Jimat Sehingga RM960!
- Ain Najihah
- 2 days ago
- 1 min read

Astro yang merupakan syarikat peneraju kandungan dan hiburan Malaysia, melancarkan tawaran istimewa yang eksklusif untuk semua penjawat awam iaitu satu inisiatif yang dirangka sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka kepada negara.
Pakej yang dikenali sebagai “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” ini terbuka kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.
Ia merupakan sebahagian daripada penawaran Astro One, yang menampilkan pelbagai kandungan premium termasuk saluran tempatan dan antarabangsa, Astro Originals, program atas permintaan serta akses percuma kepada Astro GO.
Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata penjawat awam memaikan peranan besar dalam membentuk negara.
“Pek Istimewa ini adalah cari kami memberi penghargaan dengan menawarkan hiburan dengan harga lebih berpatutan,” katanya.
Dua Pek Pilihan, Penjimatan Berganda
Penjawat awam kini boleh menikmati Pek Entertainment Astro One pada harga RM39.99/sebulan (harga asal RM49.99). Pek ini merangkumi lebih 100 saluran, termasuk rancangan popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun dan banyak lagi.
Bagi peminat sukan, Pek Sports Astro One ditawarkan pada hanya RM69.99/sebulan (harga asal RM99.99). Ia turut merangkumi saluran sukan utama seperti Premier League, BWF, Liga Malaysia, Formula 1 dan banyak lagi.
Setiap langganan turut disertakan dengan tontonan percuma kandungan kanak-kanak bernilai RM9.99, termasuk saluran Cartoon Network, Nickelodeon dan CBeebies, serta pemasangan Plug & Play secara percuma dan menjadikan keseluruhan penjimatan mencecah sehingga RM960.
Cara Daftar
Penjawat awam yang berminat boleh mendaftar sekarang di:
www.astro.com.my/penjawatawam atau melalui WhatsApp di +60 3-9543 3838.
Dengan pelbagai pilihan kandungan dan penjimatan hebat, inisiatif ini bukan sahaja memberikan nilai berganda kepada penjawat awam, malah memperkukuh hubungan Astro dengan rakyat Malaysia.
Comments