top of page

Didie Shazry Remake Lagu “Yang Berlalu Tak Berulang” Versi Baharu

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 11 minutes ago
  • 1 min read

Lagu klasik “Yang Berlalu Tak Berulang” kini kembali dengan nafas baharu. Kali ini, penyanyi muda Didie Shazry tampil dengan versi remake yang lebih moden, tapi masih kekalkan jiwa asal lagu yang penuh emosi.


Didie, juara program Raise The Star, bukan asing dengan vokal yang ‘feel’. Menariknya, lagu ini asalnya dipopularkan oleh mendiang Lotter, dengan lirik hasil karya Allahyarham Loloq. Jadi, versi baharu ini bukan sekadar nyanyian semula tapi satu tribute kepada legenda muzik tempatan.


Projek ini juga mendapat persetujuan komposer asal, Neves Pretty Ugly. Rakaman dibuat di Jakarta bersama produser Joel Christine, dengan susunan muzik yang diolah ikut identiti Didie tanpa hilangkan elemen klasik.


Lebih ‘hidup’, video muzik lagu ini dirakam di Bali, menambah lagi mood nostalgia yang cuba disampaikan. Didie sendiri mengakui lagu ini cukup dekat dengan dirinya sejak kecil, jadi tak hairanlah emosi tu sampai pada pendengar.


Versi remake “Yang Berlalu Tak Berulang” sudah boleh ditonton di YouTube Luncai Emas dan semua platform penstriman digital bermula 24 April.


Bagi yang rindu lagu lama, ini peluang untuk dengar semula dengan rasa yang sama, tapi dalam versi yang lebih segar.

Comments


bottom of page