top of page

Didi & Friends Cipta Sejarah Bersama 2,172 Kanak-Kanak di MAEPS, Serdang

  • kaypohmedia
  • Jul 21
  • 1 min read

Ikon animasi kanak-kanak popular tanah air, Didi & Friends, sekali lagi mencipta momen bersejarah apabila berjaya mencatatkan nama dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Penyertaan Kanak-Kanak Teramai dalam Acara Penceritaan”.

ree

Acara istimewa ini menyaksikan kehadiran seramai 2,172 orang kanak-kanak yang menyertai sesi penceritaan yang diadakan secara besar-besaran di MAEPS, Serdang. Ia merupakan sebahagian daripada Karnival Sukan Al-Kauthar Eduqids with Friends 2025 – sebuah acara yang menggabungkan elemen pembelajaran, permainan dan semangat kekeluargaan.


Sesi penceritaan menampilkan kisah klasik “Arnab dan Kura-Kura” yang disampaikan dalam dua bentuk: dimulakan oleh seorang guru berpengalaman, kemudian dihidupkan dengan penuh warna-warni menerusi versi Didi & Friends oleh pengacara bertenaga, Abang Pa’an.


“Kami amat komited dalam memupuk minat membaca dan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak melalui kandungan yang menyeronokkan,” ujar Edison Cheam, Penolong Kanan Naib Presiden, Studio GenNext Astro.

Meskipun jumlah rasmi MBOR mencatatkan 2,172 penyertaan, sesi penceritaan diteruskan sepanjang hari dengan kehadiran lebih 6,000 kanak-kanak, dan jumlah keseluruhan pengunjung karnival mencecah 20,000 orang termasuk ibu bapa dan keluarga.

ree

Acara ini turut menjadi pentas pelancaran kempen “Didi & Friends Story Time”, yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak agar lebih gemar membaca dan menyelami dunia cerita yang menyeronokkan. Sebagai lanjutan kempen, watak-watak Didi & Friends turut membuat kemunculan khas di Sambutan Minggu Perpaduan 2025 peringkat kebangsaan di Pulau Pinang.

ree

Didi & Friends Story Time kini boleh ditonton setiap hari Jumaat, jam 11 pagi di Astro Ceria (saluran 611), dan juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.


Kejayaan ini membuktikan betapa pentingnya kuasa penceritaan dalam menyatukan komuniti dan membentuk imaginasi generasi muda. Tahniah Didi & Friends – teruskan mewarnai dunia kanak-kanak Malaysia dengan kisah-kisah penuh inspirasi!

Comments


bottom of page