top of page

Diana Danielle Bangkit Dengan ‘Raja Dusta’ Buat Si Kaki Janji!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 4 days ago
  • 1 min read


Selepas dua tahun menyepi dari dunia muzik, Diana Danielle muncul dengan lagu baharu penuh energi dan sindiran tajam bertajuk Raja Dusta, karya berani yang bakal jadi hangat buat mereka yang pernah terjerat dalam cinta toksik!

 

Lebih rancak dan ‘nakal’ daripada sebelumnya, lagu ini mencerminkan keberanian wanita yang bangkit selepas dikhianati, namun Diana menegaskan ia bukan ditujukan kepada sesiapa secara spesifik.

 

“Saya mahu hasilkan sesuatu yang lebih rancak dan menyeronokkan sebagai satu sindiran terhadap situasi saya sekarang. Walaupun saya boleh kaitkan lagu ini dengan pengalaman peribadi, ia bukan ditujukan kepada sesiapa secara spesifik,” ujar Diana.

 



Raja Dusta disampaikan dari perspektif wanita, tetapi mesejnya cukup universal, sesiapa sahaja yang pernah terpedaya dengan manis mulut si ‘raja drama’ pasti akan terasa!

“Saya nak pendengar enjoy lagu ni tanpa rasa benci. Ini tentang kebebasan buat keputusan terbaik untuk diri sendiri. Kita semua pernah terjebak dalam hubungan berat sebelah. Lagu ni peringatan supaya jangan mudah terpedaya,” tambahnya.

 

Menariknya, lagu ini juga merupakan kerjasama sulung Diana bersama penerbit terkenal, John Jeeves. Walaupun kekok pada awalnya selepas dua tahun tidak merakam lagu, Diana anggap Raja Dusta sebagai permulaan baru yang penuh makna.

 

“Sudah dua tahun saya tak keluarkan lagu, jadi sememangnya saya rasa janggal pada mulanya. Tapi Raja Dusta adalah langkah pertama yang baik untuk saya kembali,” katanya.

 

Dengan beat rancak, lirik tajam, Raja Dusta bukan sekadar lagu putus cinta, tapi simbol kekuatan.

 

Boleh dengarkan di Spotify, AppleMusic, Youtube, Youtube Music, Tiktok, dan deezer. Diana Danielle telah kembali!



Comments


bottom of page