“DIA Misha Omar” Konsert Penuh Jiwa Bakal Gegar Mega Star Arena November Ini
- Nurul Safiah
- 2 days ago
- 1 min read

Selepas kejayaan showcase intim tahun lalu, penyanyi tersohor Misha Omar kembali dengan sebuah konsert berjudul “DIA Misha Omar”!
Konsert mega ini akan berlangsung pada 29 November 2025, jam 8:30 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Menjanjikan pengalaman yang lebih besar, lantang dan penuh jiwa, konsert ini membawa penonton menyelami perjalanan hidup dan muzik Misha Omar melalui susunan visual sinematik dan setlist yang sarat dengan emosi.
“Ini bukan sekadar persembahan. Ini adalah jiwa yang dipentaskan,” jelas Misha dalam hantaran Instagramnya.
Dengan produksi yang dipertingkat, pentas yang lebih gah serta penataan muzik yang mendalam, “DIA Misha Omar” adalah sebuah penghormatan kepada suara dan perjalanan seni seorang artis yang telah mencorakkan industri muzik tempatan.

Tiket konsert akan mula dijual pada 25 Julai 2025 jam 10 pagi menerusi platform rasmi jiotix.asia dengan harga bermula dari RM288.
Pembelian tiket bagi kategori OKU juga disediakan melalui WhatsApp di talian +6011 1660 1122.
Rebut tiket dan sertailah malam yang penuh jiwa bersama penyanyi bersuara lunak ini!
Comments