Dendam Seorang Mentua: Bila Mangsa Jadi Mentua Paling ‘Bahaya’
- Tasnim Ahmad
- 2 hours ago
- 2 min read
Kalau korang jenis suka drama penuh emosi dan plot twist tak dijangka, Dendam Seorang Mentua mungkin bakal jadi “addictive watch” terbaru. Drama ni bukan sekadar kisah cinta atau keluarga biasa tapi kisah balas dendam yang masuk level lain, siap melibatkan status mentua lagi.

Bermula 4 Mei 2026, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima, drama ni bawa satu premis yang agak berani: macam mana kalau mangsa pengkhianatan bangkit… dan masuk balik dalam hidup musuh dia sebagai ahli keluarga?
Ceritanya fokus pada Sofia, seorang wanita yang hidupnya hancur selepas dikhianati kekasih sendiri dan sahabat baik. Lagi pedih, dia dipenjarakan untuk jenayah yang dia tak buat. Tapi bila Sofia bebas, dia tak pilih untuk move on macam biasa. Dia pilih untuk balas balik dengan cara paling tak disangka: kahwin dengan bapa bekas kekasih dia.
Ya, dari mangsa terus jadi mentua.
Dari situ, konflik makin membara. Hubungan keluarga yang sedia ada terus jadi tegang bila Sofia kembali, kali ini dengan kuasa dan strategi di tangan. Apa yang dulu sekadar luka lama, sekarang jadi perang emosi dalam keluarga elit.
Menariknya, watak Sofia dibawakan oleh Tracie Sinidol yang buat penampilan sulung dalam slot Tiara Astro. Dia digambarkan sebagai wanita lembut tapi penuh dendam iaitu jenis yang diam-diam tapi ‘berbisa’.
Dalam masa sama, drama ni turut menampilkan kombinasi pelakon yang memang ada aura tersendiri. Aaron Aziz dan Yusry Abdul Halim buat kemunculan bersama sebagai dua figura penting dalam dunia Sofia, manakala Chacha Maembong dan Hariz Hamdan pula jadi punca kepada segalanya yang berlaku.
Kalau tengok trend sekarang, penonton memang dah mula crave jalan cerita yang lebih ‘dark’, kompleks dan tak cliché. Drama macam ni yang main dengan emosi, manipulasi dan kuasa dalam keluarga memang cepat jadi topik sembang especially dekat media sosial.
Selain siaran TV, korang juga boleh layan Dendam Seorang Mentua secara On Demand di Astro GO dan Sooka. Jadi tak ada alasan untuk tertinggal episod penting.
Akhir kata, drama ni nampak macam bukan sekadar kisah balas dendam biasa. Ia lebih kepada permainan psikologi dalam keluarga dan jujur, memang rasa macam akan ada banyak moment “eh seriuslah dia buat macam tu?!”



Comments