top of page

Deep Purple Kembali Ke Malaysia Selepas 15 Tahun

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 11 hours ago
  • 1 min read

Legenda rock dunia, Deep Purple bakal kembali menghentak pentas di Malaysia buat pertama kali selepas lebih 15 tahun menerusi konsert eksklusif “Deep Purple Live in Malaysia”.

 

Konsert yang dianjurkan oleh Hitman Solutions ini dijadualkan berlangsung pada 23 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur!

 

Menariknya Malaysia merupakan satu-satunya hentian mereka di Asia Tenggara, menjadikannya acara wajib hadir buat peminat tegar rock klasik.

 

Tiket akan mula dijual pada 30 Julai 2025, jam 12 tengah hari menerusi laman rasmi www.hitmanlive.com.

 

CEO Hitman Solutions, Rohit Rampal menyifatkan penganjuran konsert ini sebagai satu penghormatan besar.

 

“Kebangkitan semula konsert rock di Malaysia amat ketara, dan kami komited untuk meneruskan momentum ini dengan membawa legenda sebenar. Warisan Deep Purple tidak dapat ditandingi, dan merupakan satu penghormatan untuk akhirnya mengalu-alukan mereka kembali ke Kuala Lumpur,” katanya.

 

Peminat digesa untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan ini mungkin peluang terakhir menyaksikan Deep Purple beraksi secara langsung di Malaysia!

Comentários


bottom of page