top of page

Dear Farris: Bila Cinta Dipaksa, Hati Masih Boleh Terbuka?

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Apr 15
  • 1 min read

Kalau sebut Dear Farris, ini bukan kisah cinta biasa. Drama di Tonton ini bawa cerita tentang dua hati yang disatukan bukan kerana pilihan, tetapi kerana aturan keluarga dan dari situ, semuanya jadi rumit.


Syed Farris lakonan Noki K-Clique ialah lelaki yang sudah serik dengan cinta dan memilih untuk menutup hati. Berbeza dengan Bella Irdina yang dibawakan oleh Siti Hariesa, seorang wanita yang masih percaya cinta mampu mengubah segalanya. Pertemuan mereka akhirnya membawa kepada perkahwinan yang diatur, namun Farris tetap dingin dan enggan membuka hati.


Dalam diam, Bella cuba memenangi hati suaminya walaupun berdepan pelbagai cabaran emosi. Di sinilah konflik utama bermula antara harapan seorang isteri dan luka lama seorang suami yang belum sembuh.


Drama arahan Azhar Khalid ini diadaptasi daripada novel karya Bella Irdina, dengan barisan pelakon seperti Nabil Aqil, Ruhainies dan Noniswara yang menambahkan lagi kekuatan emosi cerita ini.


Akhirnya, Dear Farris bukan sekadar kisah cinta, tetapi tentang peluang kedua dan persoalan sama ada hati yang pernah terluka masih mampu untuk percaya semula.

Comments


bottom of page