top of page

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Jadikan ‘Sesal’ Nyawa Telaga Suriram

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Apr 14
  • 1 min read

Penyanyi legenda tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kembali dengan karya baharu berjudul Sesal, lagu tema rasmi bagi filem Telaga Suriram.

 

Lagu ini telah dilancarkan secara rasmi hari ini bersama muzik video pada jam 3 petang tadi.

 

Diterbitkan oleh Odissi Creative Sdn Bhd, lagu Sesal digubah sepenuhnya oleh komposer dan penulis lirik berpengalaman, Nurzaidi Abd Rahman.

 

Menurut Nurzaidi, lagu ini diinspirasikan daripada jalan cerita filem Telaga Suriram yang dramatik dan menyayat hati, mengisahkan penderitaan seorang ibu yang tidak pernah putus asa mencari anak perempuannya yang hilang. Emosi dan penghayatan mendalam itulah yang diterjemahkan dalam lirik dan melodi lagu ini.

 

Apabila Osman Ali, pengarah filem Telaga Suriram, mendengar lagu tersebut buat pertama kali, beliau serta-merta merasakan bahawa ia perlu dijadikan lagu tema rasmi filem.


Pihak produksi sepakat bahawa tiada penyanyi lain yang lebih layak menyampaikan penderitaan emosi seorang ibu selain suara Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

 

Lagu Sesal bukan sekadar menyentuh perasaan, malah menggambarkan unsur keganasan, ketegangan dan trauma dalam filem berkenaan. Ia membawa pendengar menyelami rasa rindu yang mendalam serta kesakitan emosi yang menyentuh jiwa.

 

Dengan kekuatan vokal dan penghayatan luar biasa, Sesal dijangka akan meninggalkan impak yang kuat kepada penonton dan peminat muzik tanah air.

 

Muzik video rasmi Sesal kini boleh ditonton di platform digital bermula hari ini!



Comentários


bottom of page