top of page

Daripada Lagu Viral ke Pentas Solo: Malik Choo Lancar Single Baharu Bertajuk ‘Suka Kamu’

  • kaypohmedia
  • Aug 8
  • 2 min read
ree

Nama Malik Choo mungkin masih segar dalam ingatan ramai kerana sering muncul dalam lagu-lagu kolaboratif yang tular sebelum ini. Kini, penyanyi versatil ini tampil lebih yakin sebagai artis solo dengan pelancaran lagu pertamanya bertajuk “Suka Kamu” sebuah lagu cinta yang sarat dengan mesej keikhlasan dan penerimaan.


Lagu ini akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Ogos 2025 di semua platform penstriman digital, lengkap dengan muzik video yang mengangkat tema perpaduan dan cinta sejati.


“Suka Kamu” bukan sekadar lagu cinta klise. Diterbitkan oleh PERSATUAN dan ditulis oleh Malik Choo bersama Shazee Ishak dan Mambang, lagu ini mengangkat nilai cinta yang tulus mencintai seseorang seadanya, tanpa mengira rupa atau latar belakang. Baris korus yang catchy, “Ku suka kamu seperti kamu,” menjanjikan untuk menjadi siulan ramai.


ree

Video muzik rasmi arahan Fareez Nasir menampilkan Malik Choo sebagai penghantar barang dan Wan Nasuha sebagai seorang gadis lantang, satu pasangan yang mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Visualnya bukan sahaja menyentuh bab cinta, tetapi juga menggambarkan keindahan Malaysia sebagai negara penuh kasih sayang dan keterbukaan.


“Saya mahukan video muzik ini dari sudut pandang seorang muallaf — tentang kembali kepada fitrah dan bagaimana cinta tidak membezakan warna kulit,” kata Malik. "Ia sangat peribadi buat saya, dan saya rasa ramai akan dapat relate."


Sebelum ini, Malik Choo (juga dikenali sebagai Malik Abdullah) pernah mencipta nama melalui lagu-lagu seperti “Kita Jaga Kita” bersama Altimet dan Cuurley (10 juta tontonan YouTube) serta “Lelaki Di Telefon” bersama Afieq Shazwan (11 juta tontonan di YouTube, 1.7 juta di Spotify). Dia juga pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan Chop dalam program realiti “The Last Trio Standing” terbitan Astro.


ree

Kini dengan bimbingan mentornya, Altimet, Malik meneruskan perjalanan seninya secara solo. Malah, Altimet turut membuat penampilan istimewa dalam video muzik ini nanti pasti buat peminat tak sabar nak tonton!


“Suka Kamu” adalah projek pertama Malik Choo di bawah Dana Kebolehan Pasaran (DKK) Domestik 2.0, hasil kerjasama antara SVLTAN Management dan MyCreative Ventures bersama Kementerian Komunikasi. Lagu ini turut mendapat sokongan Sony Music Entertainment Malaysia satu langkah besar ke arah pasaran antarabangsa.


ree

Dengan pelbagai bahasa dalam repertoarnya termasuk Bahasa Melayu, Inggeris dan Kantonis serta pengalaman sebagai duta jenama seperti Marrybrown dan Shopee, Malik Choo pastinya tidak asing lagi buat peminat muzik tempatan.


Jangan lupa stream lagu “Suka Kamu” bermula 8 Ogos 2025 di semua platform digital, dan saksikan video muzik yang pasti menyentuh hati!



Comments


bottom of page