Dari Polis Evo ke Qifarah, Ghaz Abu Bakar Berani Terjun Dunia Seram
- Atiqah Halim
- 12 hours ago
- 1 min read

Kalau sebut nama Ghaz Abu Bakar, mesti ramai teringat Polis Evo, filem aksi yang mengubah permainan dalam industri filem tempatan. Dari aksi padu sampai ke teknikal, Ghaz memang tidak pernah main-main. Tapi kali ni, dia berani keluar dari comfort zone dengan satu genre yang ramai tak expect; seram thriller! Ya, Ghaz akhirnya deliver karya seram pertamanya bertajuk Qifarah.
Apa yang buat Qifarah lain daripada yang lain?
• Visual muram, vibe haunting, penuh misteri.
• Kisah gelap dengan tema balasan & keampunan.
•Sentuhan psikologi yang bukan sekadar nak takutkan penonton, tapi buat korang fikir balik pasal dosa silam.

Barisan pelakon? Heavyweight guys. Remy Ishak sebagai Yusoff yang merupakan lelaki yang balik kampung, tapi terpaksa berdepan dengan trauma ilmu hitam keluarga sendiri. Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, dan Namron juga merupakan line-up A-list yang memang terkenal untuk lakonan berat.
Ghaz cakap sendiri, Qifarah bukan sekadar try and error. Ini adalah evolusi untuk dirinya sebagai pengarah yang versatile, dan mungkin… jadi penanda aras baru filem seram tempatan. Dengan backing Skop Productions, expect kualiti yang bukan calang-calang.
Tarikh: Bermula 9 Oktober 2025.
Tempat: Pawagam seluruh Malaysia.
Kalau nak rasa sneak peek adrenaline tu, trailer rasmi dah pun keluar. Trust us, dari teaser je dah cukup buat bulu roma naik.
Jadi korang, ready ke nak masuk dunia seram Ghaz Abu Bakar?

Comments