top of page

Dari Emosi ke Energi Baharu, Healing Nite 2026 Bukan Sekadar Konsert

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • Jan 20
  • 2 min read

Healing bukan lagi sekadar trend TikTok atau jargon media sosial. Ia kini diterjemahkan ke dunia nyata menerusi sebuah acara muzik berskala besar yang menjanjikan pengalaman emosi, jiwa dan gaya hidup dalam satu malam. Healing Nite 2026 yang bakal berlangsung pada 24 Januari ini di Stadium Merdeka Kuala Lumpur tampil sebagai ruang selamat untuk reset perasaan, lepaskan tekanan dan mulakan tahun dengan vibe yang lebih positif.


Menggabungkan nama besar dari Malaysia dan Indonesia seperti Anuar Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Lyodra serta Kangen Band, Healing Nite 2026 dilihat bukan sekadar konsert biasa. Ia adalah medium terapeutik yang memanfaatkan kekuatan muzik sebagai bahasa emosi paling jujur. Dianjurkan oleh Kembar Nusantara Sdn Bhd bersama sokongan Creative Page Sdn Bhd dan Yumeca Sdn Bhd, acara ini diposisikan sebagai pengalaman healing awal tahun yang berlapis dan bermakna.



Bagi Anuar Zain, Healing Nite 2026 hadir tepat pada masanya sebagai simbol permulaan baharu. Penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu penuh emosi dan vokal menenangkan ini melihat muzik sebagai alat reset emosi dan minda selepas melalui pelbagai cabaran hidup. Menurutnya, konsep healing yang dibawakan selari dengan keperluan ramai untuk melepaskan beban lama dan membina niat baharu. Muzik, katanya, mampu mencetuskan emosi positif dan menjadi terapi paling semula jadi untuk menghilangkan stress.



Tenaga yang berbeza pula bakal dibawa oleh Ratu Rock Negara, Ella. Jika Anuar Zain menyentuh jiwa secara halus, Ella tampil dengan pendekatan yang lebih lantang dan membebaskan. Bagi Ella, healing juga bermaksud berani melepaskan tekanan, jeritan emosi dan rasa terpendam melalui muzik. Beliau mengajak semua untuk meninggalkan segala kepenatan, kekecewaan dan keraguan diri yang mungkin terbawa dari tahun lalu, lalu menggantikannya dengan energi baharu menerusi Healing Nite 2026 bersama barisan artis hebat lain.



Dayang Nurfaizah pula melihat acara ini sebagai pembuka tirai tahun yang sihat dari sudut emosi dan fizikal. Menurut penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu, mendengar muzik bukan sahaja melegakan perasaan malah boleh dianggap sebagai aktiviti sihat apabila penonton menyanyi bersama dan bergerak mengikut rentak. Bagi Dayang, awal tahun adalah waktu paling sesuai untuk menarik segala perkara positif, dan Healing Nite 2026 menawarkan ruang tersebut dalam bentuk hiburan yang seimbang dan bermakna.



Apa yang membezakan Healing Nite daripada konsert biasa adalah pendekatan gaya hidup yang dikurasi dengan teliti. Bermula seawal jam 1.00 petang, pengunjung akan disambut dengan Healing Tent di pintu masuk utama Stadium Merdeka, sebuah ruang transisi yang dicipta untuk memperlahankan langkah dan menenangkan minda sebelum malam bertukar menjadi pengalaman healing sepenuhnya. Ruang ini dimeriahkan dengan pelbagai kolaborasi gaya hidup dan kulinari seperti LADO, Cartel Coffeeshop, Coffee Beans, Crackohut, Peti Dessert, Sugar & Fruits dan NachosLah yang melengkapkan pengalaman deria pengunjung.



Apabila malam menjelma, pengalaman diteruskan di dalam stadium dengan kehadiran Coffee Cartel, Ahmad Fried Chicken dan Teratak Spa yang menyantuni penonton sepanjang konsert berlangsung. Keseluruhannya, Healing Nite 2026 bukan hanya tentang muzik di atas pentas, tetapi tentang perjalanan emosi yang menghubungkan bunyi, rasa dan ketenangan dalam satu malam yang eksklusif dan penuh makna.



Bagi yang mencari cara baharu untuk meraikan kehidupan dan memulakan tahun 2026 dengan jiwa yang lebih ringan, Healing Nite 2026 adalah jawapannya. Acara ini bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur bermula jam 8.45 malam. Tiket dengan pelbagai kategori harga bermula dari RM190 boleh didapati menerusi Ticket2u. Ini bukan sekadar konsert, ini adalah malam untuk pulih, merasa dan hidup sepenuhnya.

 
 
 

Comments


bottom of page