top of page

Dadali ‘Sebuah Kisah Vol 1’ Live in KL, Tiket Kini Mula Dijual!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 29
  • 1 min read

Buat peminat tegar lagu galau, ini masanya! Band ikonik Indonesia, Dadali, bakal mengubati rindu anda menerusi konsert eksklusif mereka, ‘Sebuah Kisah Vol 1’, yang akan berlangsung pada 5 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur!

 

Konsert yang dijadualkan berlangsung dari jam 9 malam hingga 11 malam ini bakal menghidangkan rangkaian lagu-lagu hits Dadali seperti Di Saat Aku Mencintaimu, Di Saat Aku Tersakiti dan Di Saat Sendiri.

 

Pentas konsert ini turut direka khas dengan zon bertemakan lagu-lagu mereka, menjadikan setiap tempat duduk satu pengalaman peribadi.

 


Dari ruang berdiri penuh semangat, ke premium seating yang lebih santai hinggalah ke VIP Room ‘Sebuah Kisah’ untuk pengalaman paling eksklusif!

 

Tiket sudah mula dijual sejak 23 Mac lalu, jadi jangan tunggu lama-lama! Tempah sekarang di myticketempire.com sebelum semuanya lesap.

 

Pembayaran juga boleh dibuat secara fleksibel menerusi SPayLater by Shopee, Atome dan PayLater by Grab, eksklusif di Ticket Empire!

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Dadali secara langsung. Satu malam, satu kisah, satu kenangan. Dadali, live in KL. Ready?



コメント


bottom of page