top of page

“Cintaku Tertinggal di Malaysia” – Dewa 19 Kembali Gegar KL Jun 2026

  • Writer: N
    N
  • 7 minutes ago
  • 2 min read

Baladewa, ini berita yang boleh buat rasa “kangen” datang balik! Konsert “Cintaku Tertinggal di Malaysia” bakal menyaksikan Dewa 19 kembali ke Kuala Lumpur pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil. Selepas tiga tahun sejak persembahan terakhir mereka di sini, kumpulan legenda Indonesia ini akhirnya kembali untuk bertemu peminat setia yang sentiasa menunggu.

Nama konsert ini bukan sekadar romantik, tetapi membawa makna tersendiri buat Dewa 19. Malaysia diakui mempunyai tempat istimewa di hati mereka sejak awal menembusi pasaran tempatan, dan setiap kali mengadakan persembahan di sini, hubungan dengan peminat terasa begitu dekat dan emosional.


Untuk konsert kali ini, Dewa 19 tampil dengan barisan mantap termasuk tiga vokalis utama mereka iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe (Ello). Mereka akan disokong oleh anggota teras seperti Andra Ramadhan, Yuke Sampurna, Agung Yudha dan Tyo Nugros, menjanjikan persembahan yang penuh tenaga dan nostalgia.

Peminat boleh menjangkakan deretan lagu hit yang pernah menjadi soundtrack kehidupan ramai seperti Kangen, Roman Picisan, Separuh Nafas, Pangeran Cinta dan banyak lagi. Konsep persembahan juga lebih menekankan elemen emosi dan romantik, selari dengan tema cinta yang dibawakan menerusi judul konsert ini.


Menariknya, penganjur turut memperkenalkan tema pakaian yang simple tetapi penuh makna untuk peminat, T-shirt band original. Sama ada koleksi lama atau yang terbaru, inilah masa terbaik untuk tampil sebagai Baladewa sejati dan merasai pengalaman konsert yang lebih dekat dengan identiti peminat.

Bagi yang dah tak sabar, tiket akan mula dijual pada 27 Februari 2026 (Jumaat) jam 11 pagi dengan harga bermula dari RM236 hingga RM488 mengikut kategori seperti Atas Nama Cinta, Bala Sobat, Pangeran Cinta, Laskar Cinta dan Sedang Ingin Bercinta. Dengan reputasi Dewa 19 yang sentiasa mendapat sambutan hangat di Malaysia, tiket dijangka habis dengan cepat.


“Cintaku Tertinggal di Malaysia” bukan sekadar sebuah konsert, tetapi malam penuh kenangan, emosi dan nostalgia untuk peminat muzik Indonesia di Malaysia. Kalau lagu-lagu Dewa 19 pernah menemani zaman remaja atau kisah cinta anda dulu, ini memang acara yang wajib masuk dalam kalender 2026.

Comments


bottom of page