top of page

Charlie XCX Bawa Dunia Brat Era ke Filem Mockumentary, The Moment

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 5 hours ago
  • 3 min read
ree

Charli XCX sedia untuk conquer dunia Hollywood tahun depan dengan filem terbaru, The Moment, yang confirm jadi salah satu projek paling hype 2026. Filem ni bukan sekadar dokumentari konsert biasa tapi satu mockumentary yang super meta, lawak, dan satira tentang industri muzik dan fenomena Brat yang Charli sendiri popularkan. 


Apa yang buat semua orang tak sabar nak tengok The Moment adalah konsep dia sendiri. Filem ini dibayangkan sebagai kisah seorang pop star yang tengah bersiap sedia untuk arena tour pertama dia sambil cuba handle semua tekanan, expectation dan absurdity dalam dunia industri muzik. Tapi Charli sendiri jelas cakap ini bukanlah tour documentary atau concert film biasa yang korang pernah tengok. Dia describe projek ni sebagai satu “fiksyen yang paling real tentang industri muzik” sebab idea ni asalnya datang dari tekanan label nak dia buat dokumentari tentang album Brat dan tour dia. Alih‑alih Charli buat satu cerita yang foreshadow real life tapi with extra chaos vibes


Filem ni diarahkan oleh Aidan Zamiri, kawan rapat Charli yang sebelum ni banyak collaborate dengan dia untuk music video seperti “360” dan “Guess.” Skrip ditulis sama oleh Aidan dan Bertie Brandes, dan Charli sendiri jadi producer bersama David Hinojosa. Score muzik pula datang dari A.G. Cook, yang memang dah lama kerja musik dengan Charli semenjak era awal lagi. Itu menjelaskan kenapa soundtrack dan muzik dalam filem ni expected punya vibe yang tight dengan karakter Charli dan cerita Brat era dia. 


ree

Yang membuatkan filem ini lagi spice ialah barisan cast yang tak macam filem indie biasa. Selain Charli yang main sendiri versi fiksyen diri dia dalam cerita ni, ada nama‑nama besar seperti Rosanna Arquette, Kate Berlant, Jamie Demetriou, Hailey Benton Gates, Isaac Powell dan Alexander Skarsgård yang masing‑masing membawa karakter unik dalam dunia Charli tu. Dan ya, Kylie Jenner pun ada cameo dalam filem ni, yang mana ramai netizen dah mula buat meme dan comment tentang debut lakonan dia sebab dalam trailer dia bagi nasihat tongue‑in‑cheek kepada Charli tentang fame dan bagaimana nak uruskan rasa orang bosan dengan dia. Apa pun, Kylie sendiri cakap dia nervous tapi excited nak cuba benda baru ni. 


Trailer yang dah release menunjukkan banyak scene yang absurd sampai buat penonton macam “whattt.. tapi relate.” Kita nampak Charli buat latihan, interview weird yang satire, sampai ke visual yang agak surreal macam slow‑mo dance rehearsals berlampu strobe, mannequin pecah, sampai Charli sendiri sebut “Don’t you just think the whole, like, ‘Keep having a Brat Summer’ thing is a bit cringe?”. Vibe dia memang campur lawak, satire dan kritikan halus tentang cara industri pop culture operate sekarang. 


ree

Dari segi release plan, The Moment akan membuat world premiere di Sundance Film Festival 2026 yang berlangsung dari 22 Januari sampai 1 Februari 2026 di Park City, Utah. Itu pasti akan buat ramai cinephile dan fans Charli excited sebab festival ni memang tempat orang industri and critics jumpa dahulu sebelum ia keluar pawagam umum. Lepas itu filem ni dijadualkan tayang di pawagam US pada 30 Januari 2026, dan kita boleh expect global rollout menyusul kemudian. 


Apa yang menarik, ramai netizen dah predict yang The Moment akan jadi fenomena sendiri sebab ia bukan sekadar cerita tentang seorang artis tapi lebih kepada kritik halus budaya pop, media dan tekanan sosial yang datang bila orang jadi terkenal. Walaupun beberapa clip trailer dengan Kylie menerima kritikan cringe‑worthy dari sebahagian penonton, hype keseluruhan tetap kuat sebab semua orang curious nak tengok macam mana Charli bawak idea ni ke layar lebar tahun depan. 


Secara ringkasnya The Moment bukan sekadar filem tentang tour atau drama biasa artis. Ia satu mockumentary dengan style yang purposely over the top dan satirical, cuba tunjuk real pressure dan noise dalam dunia muzik sambil bagi viewers satu pengalaman unik yang tak macam yang lain. Dengan barisan cast yang mantap, arahan yang fresh dan Charli sendiri sebagai pusat cerita, filem ni memang “moment” besar yang patut kita siap‑sedia hype untuk 2026. 


Comments


bottom of page