top of page

“Bukan Lagi Kita” Tersenarai #1 Lagu Melayu Paling Banyak Distrim di Malaysia

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 26
  • 1 min read


Penyanyi sensasi tanah air, Nadeera, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik tempatan apabila single terbaharunya, Bukan Lagi Kita, berjaya meraih tempat pertama dalam carta RIM (Recording Industry Malaysia) sebagai lagu Melayu paling banyak distrim di Malaysia.


Menurut perkongsian rasmi daripada Carta Pop Msia di platform X, lagu Bukan Lagi Kita bukan sahaja berjaya menembusi carta, malah terus mempertahankan kedudukannya di tangga teratas (#1) dan ia merupakan satu pencapaian yang membuktikan daya tarikan luar biasa lagu ini dalam kalangan pendengar tempatan.



Gabungan vokal mantap Nadeera dan lirik yang penuh emosi, Bukan Lagi Kita menyentuh hati ramai pendengar yang melalui fasa perpisahan atau kehilangan cinta.


Tambahan pula dengan sentuhan susunan muzik yang moden dan menyayat hati, tidak hairanlah lagu ini menjadi pilihan utama di pelbagai platform penstriman digital.


Peminat dan penggiat muzik tempatan rata-rata meluahkan rasa bangga serta memberikan pujian kepada Nadeera atas kejayaan ini. Tidak dapat dinafikan lagi, Bukan Lagi Kita telah meletakkan satu penanda aras baharu dalam genre balada moden Malaysia.


Tahniah Nadeera atas pencapaian yang membanggakan ini! Semoga terus sukses dan terus memukau pendengar dengan karya-karya berkualiti.


댓글


bottom of page