top of page

BTS Comeback Cecah 18.4 Juta Tontonan di Netflix

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

Comeback BTS memang tak pernah biasa-biasa. Kali ni, BTS comeback Netflix berjaya tarik 18.4 juta tontonan dalam masa singkat. Ya, hampir empat tahun menyepi, kemunculan semula mereka terus jadi bualan global.


Livestream persembahan pertama mereka selepas hiatus itu mencatat angka besar, termasuk tontonan secara langsung dan ulang dalam tempoh 24 jam. Bukan sekadar hype sekejap, impaknya terus terasa lepas siaran tamat.


Persembahan istimewa ini berlangsung di Gwanghwamun Square, Seoul, dengan kehadiran puluhan ribu peminat yang sanggup turun padang. Event ini diadakan sempena pelancaran album studio kelima mereka berjudul Arirang dan jelas, penantian peminat memang berbaloi.


Menariknya, selepas siaran tersebut, rancangan ini terus menduduki carta mingguan Netflix di 24 negara. Ini termasuk pasaran besar seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan dan beberapa negara Asia lain. Ia menunjukkan pengaruh BTS masih lagi kuat di seluruh dunia.


Bukan itu saja, fenomena BTS turut ‘meletup’ di media sosial. Kandungan berkaitan BTS di platform rasmi Netflix merekodkan 2.62 bilion impressions, dengan pelbagai hashtag trending di banyak negara termasuk Malaysia. Memang susah nak scroll tanpa nampak BTS sejak comeback ni.


Kalau itu pun belum cukup, Netflix juga bakal keluarkan dokumentari khas bertajuk BTS: The Return. Filem ini akan tunjuk behind-the-scenes proses pembikinan album Arirang. Ianya sesuatu yang pasti ditunggu oleh ARMY yang nak tengok sisi lebih dekat kumpulan ini.


Comeback kali ni bukan sekadar muzik, tapi satu ‘event global’ yang buktikan BTS masih lagi dominan dalam dunia hiburan. Dan kalau tengok sambutan, nampaknya gelombang BTS masih jauh dari reda.

Comments


bottom of page