Bored Teachers Live KL Jun Ini
- Tasnim Ahmad
- Apr 9
- 1 min read
Pernah terfikir apa cikgu sebenarnya fikir lepas loceng berbunyi? Atau apa yang jadi dalam bilik guru yang pelajar tak pernah nampak? Bored Teachers Live KL datang Jun ini dengan jawapan dalam bentuk komedi yang jujur dan pedih (tapi kelakar).

Fenomena global dari media sosial ini akhirnya tiba di Kuala Lumpur menerusi show Is It Friday Yet?. Dikenali dengan video viral tentang kehidupan sekolah, Bored Teachers berjaya tukar situasi harian dalam kelas jadi bahan lawak yang sangat “kena” dengan semua orang. Kali ini, semua cerita tu dibawa ke pentas secara live, tampil lebih berani, lebih raw, dan tanpa tapisan.
Apa yang buat show ini menarik, ia bukan sekadar lawak kosong. Ia gabungan stand-up dan storytelling yang sentuh realiti sebenar dunia pendidikan. Dari drama pelajar, tekanan cikgu, sampai kisah WhatsApp parents group, semuanya akan dikongsi dengan cara yang buat anda gelak sambil angguk sebab terlalu relate.
Show ini akan berlangsung pada 6 Jun 2026, jam 8 malam di The Platform, Menara Ken TTDI, Kuala Lumpur, dan hanya untuk satu malam sahaja. Jadi kalau anda pernah ada kenangan zaman sekolah, sama ada manis atau memalukan, ini peluang untuk “revisit” semua tu dengan cara paling fun.
Akhirnya, mungkin kita akan sedar satu benda. Bukan kita je yang rasa sekolah tu huru-hara, cikgu pun sama.



Comments