Bob Yusof Kembali “Sumpah Setia” Dedikasi Istimewa Buat Ibu Bapa
- Nurul Safiah
- 11 hours ago
- 1 min read

Bob Yusof, sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila melancarkan single terbaharunya berjudul “Sumpah Setia”, sebuah balada emosi yang menyentuh perasaan dan mengetengahkan kasih sayang sejati seorang anak terhadap ibu bapanya.
Menerusi kolaborasi bersama Alternate Records, lagu ini turut dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) untuk drama popular slot Akasia TV3, Pasca Kau Pergi, yang kini sedang mendapat sambutan hangat daripada penonton.
Berbeza dengan kebiasaan lagu cinta pasangan, “Sumpah Setia” tampil dengan pendekatan yang lebih peribadi dan mendalam.
Ia menyampaikan mesej penghargaan dan kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa, sesuatu yang jarang dibawakan dalam lagu-lagu arus perdana hari ini.
“Saya amat berbesar hati dan terima kasih kepada pihak Alternate atas kepercayaan sekali lagi memilih saya untuk menyampaikan karya ini. Saya juga amat teruja untuk kolaborasi ini kerana dapat bekerja dengan anak muda yang berbakat dalam karya-karya mereka," ujar Bob Yusof.
“Sumpah Setia” merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada trio berbakat Emeer Bak, Amsyar Razqa dan Yunus Zawawi, dengan idea asal datang daripada Yunus sendiri.
Kini “Sumpah Setia” boleh distrim di Spotify, Apple Music dan YouTube, jangan lupa dengarkan sekarang!
Comments