Blood Brothers Tembusi Pasaran Antarabangsa, Tayangan di Kemboja Bermula 27 Mei 2025!
- Ain Najihah
- 6 days ago
- 1 min read

Filem aksi yang dinanti-nantikan, Blood Brothers, kini melakar satu lagi kejayaan apabila bakal ditayangkan di Kemboja pada 27 Mei 2025! Berita ini diumumkan sendiri oleh pengarah terkenal, Syafiq Yusof, menerusi satu hantaran rasmi di platform media sosial miliknya.
Filem yang diterbitkan oleh Skop Productions Sdn. Bhd., Blood Brothers menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Andy Teh dan Shukri Yahaya dalam satu penceritaan penuh aksi, konflik dan emosi mendalam.
Poster rasmi filem ini yang disertakan dengan tulisan Khmer jelas menunjukkan kesungguhan produksi dalam mendekati penonton antarabangsa, terutamanya pasaran Asia Tenggara.
Blood Brothers dijangka mampu mencuri perhatian peminat filem di Kemboja dan membuka laluan lebih luas untuk filem Malaysia ke pentas dunia.
Kejayaan filem ini yang menembusi pasaran luar merupakan satu pencapaian penting bukan sahaja buat Syafiq Yusof dan pasukannya, malah buat industri perfileman Malaysia secara keseluruhan.
Comments