‘Blood Brothers: Bara Naga’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 10 Ogos Ini!
- Ain Najihah
- 3 days ago
- 1 min read
Filem aksi tempatan, ‘Blood Brothers: Bara Naga’ akan mula ditayangkan di Netflix pada 10 Ogos ini!
Kemunculan filem ini di platform penstriman global menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat industri perfileman Malaysia.
Filem ini mengisahkan tentang Ariff, seorang bekas pengawal peribadi yang dikhianati dan difitnah melakukan jenayah. Dalam usahanya untuk membersihkan nama, dia terpaksa berdepan dengan bekas sahabatnya, Ghaz, yang kini menjadi musuh utama.
‘Blood Brothers: Bara Naga’ dibarisi oleh pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Andy Teh dan filem ini sarat dengan babak aksi, konflik emosi serta pengkhianatan.
Sebelum ini, 'Blood Brothers: Bara Naga' telah mencatat kutipan melebihi RM76 juta di pawagam, menjadikannya antara filem tempatan paling berjaya tahun ini.
Kini, filem ini bersedia untuk ditonton oleh penonton antarabangsa melalui Netflix. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi penuh mendebarkan bermula 10 Ogos ini, hanya di Netflix.
Yorumlar