BLACKPINK Umum Nama Jelajah Dunia, "Deadline”!
- Ain Najihah
- May 16
- 1 min read

Kumpulan gadis sensasi K-pop, BLACKPINK, akhirnya mendedahkan tajuk rasmi bagi jelajah dunia mereka yang akan datang iaitu “Deadline”.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman media sosial rasmi mereka yang mencetuskan keterujaan di kalangan peminat seluruh dunia.
Jelajah ini akan bermula di Stadium Goyang, Korea Selatan pada 5 dan 6 Julai, sebelum meneruskan jelajah ke destinasi antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun.
Keempat-empat anggota iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa turut menyerlah dengan projek solo masing-masing yang membuktikan lagi kehebatan dan keunikan mereka sebagai artis solo.
Nantikan BLACKPINK di pentas dunia yang pastinya akan menjadi jelajah paling dinanti-nantikan tahun ini!
Comments