BLACKPINK Gegarkan Dunia dengan Teaser M/V "JUMP"!
- Ain Najihah
- 1 day ago
- 1 min read

BLACKPINK kembali menggamit perhatian peminat global dengan pelancaran teaser muzik video terbaharu mereka berjudul ‘JUMP’, yang ditayangkan pada 8 Julai 2025.
Dalam tempoh yang singkat, teaser ini telah meraih hampir 5 juta tontonan ini membuktikan bahawa kehadiran BLACKPINK masih relevan dan dinanti-nantikan.
BLACKPINK turut membuka peluang kepada peminat untuk membuat pre-save lagu, sekali gus memberi bayangan bahawa pelancaran rasmi lagu ini pada 11 Julai 2025 bakal menjadi satu lagi fenomena global.
BLACKPINK sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah ikon global yang tidak pernah mengecewakan. Adakah ini permulaan kepada album baharu atau era baru BLACKPINK? Sama-sama kita nantikan 11 Julai ini!
Коментари