Black On White Satukan Cromok & Barbarik, Ada Tribute Khas Kembara
- Tasnim Ahmad
- 4 minutes ago
- 2 min read
Peminat muzik rock dan metal tempatan, nampaknya bulan Jun ni memang wajib kosongkan jadual. Konsert Black On White yang menemukan dua nama besar iaitu Cromok dan Barbarik yang bakal berlangsung pada 27 Jun ini di IdeaLive Arena.

Apa yang buat ramai peminat mula “panas enjin” bukan sekadar sebab dua band legend ni berkongsi pentas, tapi konsep konsert Black On White sendiri yang dikatakan lebih daripada persembahan biasa. Kali ni, penonton bukan hanya datang untuk headbang dan sing along, tapi turut dibawa masuk ke dalam pengalaman konsert yang lebih immersive dan penuh nostalgia.
Antara yang paling menarik perhatian mestilah segmen tribute khas untuk Kembara. Ya, lagu-lagu malar segar kumpulan legenda itu akan diberikan sentuhan baharu dengan elemen rock dan metal yang lebih moden, tapi masih mengekalkan jiwa asal lagu.
Menurut gitaris Barbarik, Jobranko, idea tribute itu tercetus kerana mereka mahu hadirkan sesuatu yang berbeza untuk peminat. Katanya, ramai orang datang ke konsert hari ini bukan sekadar mahu tengok band bermain lagu, tetapi mahu rasa pengalaman yang susah dilupakan.
Menariknya, segmen tribute itu juga bakal menyaksikan Cromok dan Barbarik bergabung atas pentas dalam beberapa persembahan khas. Bayangkan karakter vokal dan identiti muzik dua kumpulan ini bercampur dalam lagu-lagu Kembara, memang rasa nostalgia campur adrenaline sekali.
Selain tribute Kembara, peminat juga bakal dengar single baharu daripada kedua-dua kumpulan yang akan dipersembahkan secara live buat pertama kali. Jadi siapa yang datang memang dapat “first listen” terus depan mata.
Satu lagi benda yang buat konsert ni nampak lain macam ialah penggunaan konsep No Noise Digital Stage oleh Cromok. Mereka memilih sistem persembahan digital sepenuhnya tanpa amplifier gitar dan dram akustik di atas pentas. Semua audio dipantau menggunakan teknologi digital dan in-ear monitor bagi menghasilkan bunyi yang lebih bersih.
Dalam masa sama, Barbarik pula masih mengekalkan identiti persembahan yang lebih organik dengan setup konvensional mereka. Jadi dekat sinilah uniknya Black On White di mana dua band, dua pendekatan berbeza, tapi berkongsi satu pentas yang sama.
Kalau anda jenis membesar dengan lagu rock tempatan atau sekadar nak rasa vibe konsert yang ada elemen nostalgia dan teknologi moden sekali gus, Black On White nampaknya antara gig yang patut masuk wishlist tahun ini.







Comments