top of page

Black Eyed Peas Gegarkan Singapura Ogos Ini Sempena Jelajah Ulang Tahun Ke-30

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 22 hours ago
  • 1 min read

Kumpulan muzik ikonik dunia, Black Eyed Peas, bakal kembali menggamatkan pentas Asia Tenggara dengan konsert istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-30 kerjaya mereka dalam industri muzik global.

 

Singapura dipilih sebagai salah satu destinasi utama dalam jelajah ini, dengan persembahan yang dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos 2025 di Singapore Indoor Stadium.

 

Dianjurkan oleh SAH Entertainment dan Taqwa Organisation, konsert Black Eyed Peas: Live in Singapore menjanjikan malam penuh tenaga dan nostalgia apabila kumpulan ini mempersembahkan barisan lagu hits sepanjang tiga dekad seperti Boom Boom Pow, I Gotta Feeling, Pump It, Where Is the Love?, dan Let’s Get It Started.

 

Tiket akan mula dijual menerusi platform SISTIC bermula dengan jualan eksklusif untuk ahli SAH pada 28 Februari jam 10 pagi, diikuti dengan jualan umum pada 3 Mac 2025 jam 10 pagi (waktu Singapura).

 

Dengan rekod kejayaan di carta global dan reputasi persembahan langsung yang mengujakan, Black Eyed Peas bersedia menukar Singapore Indoor Stadium menjadi pusat pesta muzik terbesar tahun ini.

 

Kalau anda peminat tegar atau sekadar nak rasa vibe paling ‘berapi’, ini konsert yang wajib masuk kalendar!

 

Ayuh gegarkan Singapura bersama ikon muzik global, satu malam, satu stadium, satu perasaan yang takkan dilupakan.


 
 
 

Comments


bottom of page