Bintang K-pop Malaysia, Isaac Voo Sertai PLKN 3.0
- Ain Najihah
- 2 days ago
- 1 min read

Isaac Voo, bintang K-pop kelahiran Malaysia yang berusia 31 tahun dan juga ahli kumpulan SKYE (IN2IT) di Korea Selatan, telah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai tanda cintanya terhadap tanah air.
Bintang K-pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo yang berusia 31 tahun dan juga ahli kumpulan SKYE (IN2IT) di Korea Selatan telah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai tanda cintanya terhadap tanah air.
Isaac yang kini menjalani latihan di Lapang Sasar Mawilla, Markas Wilayah Laut 1, menyatakan bahawa beliau memang sudah lama menyimpan impian untuk merasai sendiri pengalaman menjalani latihan ketenteraan.
"Saya sangat gembira dapat menyertai PLKN 3.0 dan detik ini pasti akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya. Sejak dahulu lagi, saya teringin untuk merasai bagaimana rasanya menjadi seorang tentera. Selama ini, saya hanya melihat rakan-rakan di Korea menjalani latihan ketenteraan," katanya.
Keinginan Isaac turut dipengaruhi oleh pengalaman rakan-rakan sekumpulannya dalam SKYE yang juga pernah melalui latihan ketenteraan di Korea Selatan.
Kini, beliau berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut termasuk memakai pakaian celoreng dan menembak menggunakan senjata api.
Isaac juga merupakan antara selebriti tempatan yang terlibat dalam mempromosikan PLKN 3.0, dengan harapan dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai program tersebut.
Turut serta dalam program ini ialah selebriti terkenal seperti Fattah Amin, Diana Danielle, Syaidatul Afifah, Amira Othman serta beberapa pempengaruh media sosial yang lain.
Pengalaman istimewa ini bukan sahaja menjadi kenangan manis buat Isaac, malah turut menjadi jambatan yang menghubungkan dunia K-pop dengan semangat patriotisme dalam kalangan anak muda Malaysia.
Comments