Bil Musa Jadi Suara Pelengkap Dalam Karya Terbaharu Alex Ungku, “Permataku”
- Ain Najihah
- 1 day ago
- 1 min read

Penyanyi dan penulis lagu versatil, Alex Ungku, mencipta momen istimewa dalam kerjaya muziknya dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Permataku” bersama Bil Musa.
Ia merupakan lagu balada Melayu pertama ciptaannya yang kini boleh distrim di semua platform digital.
"Permataku "merupakan surat cinta peribadi daripada Alex Ungku kepada tunangnya, dan juga sebagai dedikasi buat sesiapa yang pernah menyimpan seseorang sebagai ‘permata’ dalam hati mereka.
Lagu ini merangkumi tema cinta dalam bentuknya yang paling tulus, murni dan abadi.
“Ia adalah lagu yang sangat dekat dengan hati saya. Saya tulis khas buat tunang saya dan juga buat semua yang pernah mencintai,” kongsi Alex.
"Permataku" menampilkan kolaborasi bersama Bil Musa, penyanyi dan penulis lagu indie yang terkenal dengan suara lembut dan gaya puitisnya.
Kehadiran Bil Musa memberikan dimensi baru kepada "Permataku", melengkapkan melodi dengan bait-bait lirik yang penuh keindahan dan emosi. Alex turut mengakui bahawa suara Bil adalah “bahagian yang hilang” dalam lagu ini.
Alex Ungku membuktikan keberanian berkarya dalam bahasa ibunda, manakala Bil Musa menyerlah sebagai penyumbang suara dan jiwa kepada karya yang menyentuh hati ini.
Comments