BIGBANG Reunion Gegar Coachella 2026
- Tasnim Ahmad
- Apr 13
- 2 min read
Kalau anda peminat K-pop, berita BIGBANG Coachella 2026 ni memang susah nak ignore. Lepas lama bergerak solo, akhirnya kumpulan legenda ni bakal buat kemunculan penuh di pentas besar dunia dan bukan calang-calang pentas.

BIGBANG dijadualkan perform di festival muzik ikonik Coachella Valley Music and Arts Festival di California pada 12 dan 19 April 2026. Lagi menarik, mereka akan ambil slot di Outdoor Theatre dengan set persembahan selama 60 minit. Yes, satu jam penuh nostalgia dan hype!
Apa yang buat fans lagi tak duduk diam, ini bukan sekadar performance biasa. Ia adalah permulaan rasmi untuk global tour sempena ulang tahun ke-20 BIGBANG. Dua dekad dalam industri, memang bukan angka kecil dan mereka nampaknya nak buat comeback ni betul-betul berbaloi.
Sepanjang tempoh hiatus, setiap ahli BIGBANG dah bina identiti masing-masing melalui kerjaya solo. Tapi kali ni, mereka kembali sebagai satu kumpulan. Dan jujurnya, vibe reunion macam ni memang lain macam dia.
Setlist pun dah mula jadi bahan spekulasi peminat. Antara lagu yang dikatakan bakal dibawakan termasuk hits ikonik seperti “BANG BANG BANG”, “FANTASTIC BABY” dan “WE LIKE 2 PARTY”. Bayangkan satu crowd Coachella nyanyi sama-sama memang meremang weh.
Menurut kenyataan mereka, Coachella dianggap sebagai simbolik permulaan perjalanan baru BIGBANG. Mereka juga hint yang performance kali ni bukan sekadar show, tapi peluang untuk reconnect dengan peminat seluruh dunia.
Dan kalau ikut trend festival global sekarang, kemunculan artis K-pop di pentas besar macam Coachella memang makin mendapat tempat. Tapi untuk BIGBANG yang antara pelopor gelombang Hallyu, moment ni ada nilai sejarah dia sendiri.
Pendek kata, ini bukan sekadar comeback. Ini adalah statement.
Untuk peminat Malaysia, walaupun tak semua dapat terbang ke California, kemungkinan besar performance ni akan jadi topik hangat di media sosial. So standby je timeline penuh fancam, reaction dan mungkin… teaser tour Asia?



Comments