Bernadya Kembali Ke Malaysia Julai Ini Dengan Konsert “Untungnya, Untungnya” 2025
- Nurul Safiah
- 4 days ago
- 1 min read

Penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Indonesia, Bernadya, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert solo terbarunya bertajuk “Untungnya, Untungnya” Malaysia Tour 2025!
Nama Bernadya semakin dikenali sejak persembahan memukaunya di The Bee dan Nyala Fest tahun lalu. Kini, penyanyi bersuara lunak itu akan membuat kemunculan semula di dua lokasi berbeza iaitu Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Konsert pertama akan berlangsung pada 13 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur, sebelum Bernadya terbang ke Sabah untuk menjayakan persembahan keduanya di KDCA Hall, Kota Kinabalu pada 19 Julai 2025.

Lebih menarik, konsert ini turut menampilkan penyanyi Adrian Khalif sebagai artis undangan, menjanjikan malam penuh emosi, galau, dan momen yang sukar dilupakan.
Peminat yang ingin mendapatkan tiket dinasihatkan untuk bertindak pantas, kerana penjualan tiket sudah bermula pada 15 Mac 2025.
Bernadya bukan sahaja membawa suara yang menenangkan, tetapi juga karya-karya yang menyentuh hati. Jadi kalau anda peminat lagu-lagu seperti “Untungnya” atau “Galau”, inilah masa terbaik untuk merasai magisnya secara langsung di atas pentas!

Comments