Bernadya geram dituduh plagiat lirik lagu Taylor Swift
- Nurul Safiah
- 1 day ago
- 1 min read

Penyanyi muda sensasi, Bernadya, meluahkan rasa kecewa selepas dituduh meniru lirik lagu milik bintang antarabangsa, Taylor Swift, menerusi salah satu lagunya yang berjudul Kata Mereka Ini Berlebihan.
Tuduhan itu tular di platform X, apabila seorang pengguna akaun bernama @flickereid mendakwa lirik lagu Bernadya terlalu mirip dengan bait dari lagu August Bridge milik Swift.
Lirik Swift yang iaitu “And then canceled my plans, just in case you’d call” manakala lirik Bernadya “Kubatalkan setiap janji, hanya karena takut tiba-tiba kau butuh aku di sisimu.”
Berang dengan dakwaan tersebut, Bernadya tampil bersuara mempertahankan hasil karyanya.
“Penat-penat perah otak fikir lirik lagu kemudian dituduh hanya menterjemahkan lirik pemuzik luar. Hanya tinggal buat nadanya,” luahnya menerusi satu hantaran balas.

Walaupun begitu, penyanyi berusia 21 tahun ini tidak menafikan bahawa inspirasi dari pemuzik luar adalah sesuatu yang biasa dalam proses kreatif.
“Saya tak munafik. Memang ada beberapa karya yang muzik atau liriknya terinspirasi daripada pemuzik lain. Saya juga sangat terbuka tentang itu,” katanya jujur.
Bernadya sebelum ini dikenali dengan lagu-lagu yang dekat di hati anak muda, lirik relatable dan melodi yang lembut dan suasana yang tenang.
Walaupun dikecam sesetengah pihak, ramai juga peminat tampil mempertahankan penyanyi muda ini dengan mengatakan inspirasi bukan bermaksud menciplak.

Comments