top of page

Belajar Tulis Lagu Secara Fizikal Bersama Amir Jahari, Terhad 30 Orang Sahaja!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jun 24
  • 1 min read

Bagi anda yang bercita-cita untuk menjadi penulis lagu atau ingin mengasah bakat dalam bidang penulisan muzik, peluang keemasan ini pastinya tidak patut dilepaskan! 


Penyanyi dan penulis lagu terkenal, Amir Jahari, kini membuka penyertaan untuk kelas penulisan lagu secara fizikal yang akan diadakan di Pondok Seni, Rumah 105, Jalan Air Mawar, Setapak.



Kelas ini hanya mengenakan bayaran yuran sebanyak RM499 sebulan dan menjanjikan bimbingan secara terus daripada Amir sendiri yang telah terbukti berjaya menghasilkan karya-karya yang menyentuh jiwa dan dekat dengan pendengar.


Apa yang menarik, kelas ini hanya akan dijalankan sekiranya berjaya mencukupi 30 orang peserta.


Jadi ini adalah masa yang terbaik untuk anda sahut cabaran dan mendaftar bersama rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama!


Jangan lepaskan peluang untuk belajar bersama seorang pengkarya yang berpengalaman dalam industri.


Ilmu yang dikongsikan pasti akan membuka mata dan memberi inspirasi buat anda yang serius dalam dunia muzik.


Comments


bottom of page