Bebefinn dari Pinkfong Kini Masuk Pawagam Malaysia, Siap ada Sing-Along, Meet & Greet, dan Fun Land!
- Atiqah Halim
- 2 hours ago
- 2 min read

Lepas conquer YouTube dengan lebih 16 juta views, Bebefinn yang merupakan karakter viral ciptaan The Pinkfong Company melangkah ke layar besar Malaysia dengan Bebefinn Sing-Along Movie: Into the Pinkfong World. Iya, kanak-kanak boleh tengok Finn, Bora, Brody, Pinkfong dan Baby Shark live in action terus di pawagam!
Filem ini bukan sekadar duduk diam untuk tengok kartun, tapi interactive sing-along experience yang ada 11 buah lagu catchy termasuk lagu Baby Shark yang legend, termasuk lagu-lagu baru, siap dengan jalan cerita heartwarming tentang kasih sayang, teamwork & persahabatan.
Short story: Finn terperangkap dalam tablet semasa main game dengan Baby Shark, jadi Bora, Brody & Pinkfong kena datang untuk selamatkan mereka sebelum bateri nya habis.

Bukan onscreen je fun, TGV dan Abnormal Studios siap bawa aktiviti gempak offscreen. Ada merchandise eksklusif, games, sesi bergambar dan meet & greet dengan Bebefinn sendiri pada:
13 Sept - TGV Central i-City
14 Sept - TGV 1 Utama
15 Sept - TGV Pavilion Bukit Jalil
16 Sept - TGV Sunway Velocity
Kalau tu tak cukup, peminat boleh memeriahkan lagi program Bebefinn Fun Land di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang dari 18-28 Sept 2025 untuk lebih banyak lagi aktiviti menarik.
Nak tahu betapa globalnya Bebefinn ni? Bukan Malaysia sahaja dapat special screening ini, tapi juga dah masuk 175 pawagam di Australia dan New Zealand, 141 pawagam di Vietnam, Taiwan, Laos & Cambodia. Di Korea Selatan, minggu pertama je dah tarik lebih 100,000 penonton, UK pun siap extend tayangan sebab kerana banyak sambutan.
Bebefinn Sing-Along Movie: Into the Pinkfong World akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 September 2025. Ibu bapa yang ingin mencari first cinema experience untuk anak-anak, inilah aktiviti interaktif yang lengkap dengan sing-along, dance dan memori untuk anak-anak anda!

Comments