top of page

Bayangan Lelaki Sempurna: Bila Ayah Sanggup Jadi ‘Orang Lain’ Demi Anak

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 5 hours ago
  • 2 min read

Kalau cakap pasal Bayangan Lelaki Sempurna, ini bukan sekadar drama cinta biasa. Cerita dia terus bagi persoalan sejauh mana seorang ayah sanggup berubah demi anak?


Drama slot Akasia terbaru ni bawa kita masuk ke dunia Ammar, lakonan Adam Lee, seorang penjual ikan yang hidup serba sederhana. Tapi hidup dia tak sesederhana yang kita sangka. Dalam diam, dia cipta satu identiti lain di media sosial, "Luth Zafran”. Ya, dua kehidupan. Dua personaliti. Satu tujuan: nak bagi kehidupan lebih baik untuk anak dia.


Digandingkan dengan Sweet Qismina, drama 28 episod ni memang sarat dengan emosi dan konflik. Lagi menarik, barisan pelakon lain macam Riena Diana, Maya Fathia, Wanns Ahmad dan Amin Iman pun turut bagi warna dalam cerita ni.


Cerita bermula dengan kehidupan Ammar sebagai bapa tunggal yang jaga anaknya, Aqish. Dengan bantuan jiran, Zulin, dia cuba survive hari ke hari. Tapi bila anak dia diserang asma dan perlukan kos rawatan tinggi, hidup Ammar mula berubah.


Dari situ, lahirlah “Luth Zafran” iaitu persona media sosial yang jauh berbeza daripada diri sebenar dia. Dari susah, terus jadi perhatian. Dari biasa, jadi luar biasa. Tapi biasalah, bila hidup atas ‘tipu’, tekanan pun makin besar.


Yang buat lagi drama, kemunculan Dahlia Rizwani (lakonan Riena Diana), wanita kaya yang mula tertarik dengan Luth Zafran. Dalam masa sama, Ammar kena jaga rahsia supaya tak terbongkar. Persoalannya, sampai bila dia boleh sustain dua dunia ni?


Menariknya, watak Ammar ni bukan sekadar lelaki dengan identiti palsu. Dia sebenarnya simbol realiti ramai orang yang terpaksa ‘jadi orang lain’ untuk survive. Macam kata Adam Lee sendiri, ini bukan kisah tentang penipuan semata-mata, tapi tentang seorang ayah yang cuba jadi versi terbaik untuk anak dia.


Jadi kalau korang suka drama yang ada emosi, konflik dalaman dan sedikit sentuhan realiti kehidupan, Bayangan Lelaki Sempurna memang kena masuk watchlist.


Drama ni mula bersiaran 9 April, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3. Kalau jenis tak sabar, boleh je strim awal dekat Tonton.


Akhir kata, kadang-kadang dalam hidup ni… kita tak jadi sempurna, tapi kita cuba cukupkan segalanya untuk orang yang kita sayang.

Comments


bottom of page