top of page

“Balas Balik” Filem Thriller Penuh Teka-Teki Bakal Gegar Pawagam 29 Mei 202!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Bersedia untuk menjejak kebenaran yang tersembunyi di sebalik kematian mengejut seorang tokoh korporat ternama. Filem terbaru arahan Feroz Kader bertajuk “Balas Balik” bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 29 Mei 2025!

 

Mengangkat genre thriller penyiasatan, Balas Balik mengisahkan tentang kematian misteri seorang CEO syarikat telekomunikasi yang pada awalnya disifatkan sebagai kes bunuh diri.

 

Namun, siasatan mendalam yang dijalankan oleh Detektif Zul, lakonan mantap Shukri Yahaya, mula membongkar satu demi satu rahsia gelap dan motif tersembunyi dalam kalangan kakitangan syarikat tersebut.

 

Dengan barisan pelakon hebat seperti Tony Eusoff (Tuan Roslan), Isyariana Che Azmi (Nadia), Adam Lee (Adam), Marisa Yasmin (Angel), Zarul Umbrella (Tuan Kamal), dan ramai lagi, filem ini menjanjikan drama penuh suspens, kejutan, dan konspirasi yang akan membuat penonton tak senang duduk.

 



Balas Balik bukan sekadar filem siasatan biasa. Ia membawa penonton menyelami dunia korporat, kuasa, dan dendam. Dengan plot twist yang tak dijangka hingga ke akhir.

 

Diterbitkan oleh Shaibha Vision, Balas Balik dijangka menjadi antara filem tempatan paling dinanti tahun ini.

 

Misteri bakal terungkai, adakah benar ia bunuh diri, atau ada dalang tersembunyi. Jawapannya hanya di pawagam mulai 29 Mei 2025!



Comments


bottom of page