top of page

BABYMONSTER Bakal Muncul dengan Single Terbaharu “Hot Sauce” Julai Ini

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 26
  • 1 min read

Updated: May 27



Kumpulan sensasi K-Pop, BABYMONSTER, sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila mengumumkan pelancaran single terbaharu mereka berjudul "Hot Sauce" yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 1 Julai 2025.


Pengumuman rasmi ini telah dikongsikan menerusi laman media sosial rasmi About Music dan kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat muzik global.



Hot Sauce dijangka menjadi satu lagi karya yang melonjakkan nama BABYMONSTER ke tahap lebih tinggi dalam industri hiburan. Sejak kemunculan mereka, kumpulan ini telah menunjukkan prestasi luar biasa serta menerima sambutan luar jangka daripada peminat di seluruh dunia.


BABYMONSTER yang berada di bawah naungan agensi gergasi YG Entertainment, dikenali dengan konsep muzik yang segar, bertenaga serta penampilan yang serba dinamik.


Single terbaru ini dilihat sebagai langkah berani untuk terus bereksperimen dengan genre dan memperkukuh identiti muzik mereka di persada global.



Pelancaran Hot Sauce juga menandakan fasa baharu buat BABYMONSTER dalam mencabar batas kreativiti serta mempersembahkan karya berkualiti tinggi sejajar dengan standard YG. 


BABYMONSTER kini bukan sahaja sekadar kumpulan baharu, tetapi sebuah fenomena yang terus mengukir nama dalam sejarah K-Pop moden.


Nantikan kemunculan rasmi Hot Sauce pada 1 Julai ini  dan bersedia untuk satu lagi letusan rasa dari BABYMONSTER yang pastinya ‘panas’ seperti tajuknya.


Comentarios


bottom of page