top of page

BABYMONSTER Bakal Gegar Malaysia November Ini

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 3 days ago
  • 2 min read

Peminat K-pop Malaysia nampaknya kena mula simpan duit dari sekarang sebab BABYMONSTER dah sah akan kembali ke Kuala Lumpur untuk siri jelajah terbaru mereka, 2026-27 BABYMONSTER WORLD TOUR [춤 (CHOOM)] IN ASIA & OCEANIA. Yang paling menarik, Malaysia tersenarai sebagai salah satu lokasi rasmi tour mereka kali ini.


Menurut pengumuman yang dikongsikan di media sosial rasmi kumpulan itu, konsert BABYMONSTER di Malaysia dijadual berlangsung pada 14 November 2026 di Unifi Arena. Venue ni memang dah tak asing lagi untuk peminat konsert K-pop sebab banyak nama besar pernah buat persembahan dekat sini.


Untuk yang follow perjalanan BABYMONSTER sejak debut, ini memang antara pencapaian besar untuk grup bawah YG Entertainment ni. Dalam masa yang agak singkat, mereka berjaya bina fanbase global yang kuat termasuk dekat Malaysia sendiri. Tour terbaru ni juga datang selepas pelancaran EP terbaru mereka berjudul Choom, yang jadi inspirasi kepada nama tour kali ni.


Kalau tengok respon dekat media sosial, ramai MONSTIEZ Malaysia dah mula hype. Ada yang siap dah plan cuti awal, cari geng konsert dan standby untuk rebut tiket nanti. Biasalah, bila BABYMONSTER datang, bukan setakat nak tengok performance tapi aura stage diorang memang lain macam.


Apa yang buat ramai excited, BABYMONSTER terkenal dengan persembahan live yang energetic dan powerful. Dari lagu macam SHEESH sampai track terbaru mereka, ramai expect concert kali ni akan jadi lebih besar dan lebih padu berbanding showcase sebelum ni.


Setakat ini, maklumat harga tiket dan tarikh jualan masih belum diumumkan secara rasmi. Tapi kalau ikut trend concert K-pop sekarang, memang kena standby awal sebab tiket biasanya “hilang dari radar” dalam masa singkat saja.


Apa-apa pun, November nanti memang nampak macam bakal jadi bulan sibuk untuk peminat K-pop Malaysia. Jadi MONSTIEZ, dah ready ke belum?

Comments


bottom of page