top of page

Aziz Harun Buat Peminat Teruja dengan Lagu “Ruang & Waktu”

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 1 day ago
  • 1 min read


Aziz Harun yang merupakan penyanyi dan penulis lagu yang semakin menyerlah di pentas muzik, sekali lagi mencuri perhatian netizen menerusi video TikTok terbarunya yang memaparkan petikan lirik lagu "Ruang & Waktu". 


Lirik tersebut bukan sahaja indah, malah memberi kesan mendalam kepada para pengikutnya yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata terharu dan penuh semangat. Ramai peminat meluahkan keterujaan mereka menantikan pelancaran rasmi lagu ini.



Gaya penyampaian yang bersahaja dan lirik yang puitis, "Ruang & Waktu" berpotensi menjadi karya yang melekat di hati ramai. Peminat kini hanya tinggal menunggu masa untuk menikmati lagu ini sepenuhnya  dan pastinya ia akan menjadi satu lagi karya yang menyentuh jiwa.


Commentaires


bottom of page